
Anonymous
5 tahun
Gusi bengkak melebihi 3 hari
Hi doktor, saya ibu berusia 36 tahun, baru-baru ini saya ada menjalankan pemeriksaan gigi setelah bertahun tahun lamanya tidak dtg ke klinik gigi… Didapati 2 gigi sy rosak sblh kanan gigi geraham dan sblh kiri gigi taring… Gigi taring sy sblm ni telah berlubang dan pecah… Doktor gigi telah sarankan supaya gigi tersebut dicabut, dan sy bercadang utk ke klinik gigi tetapi malangnya tiba2 gusi sy membengkak sehingga muka berubah sedikit… Dan terasa ngilu di sekitar gigi sblh kiri… Ape yg blh sy lakukan doktor…selain mkn ubat surut bengkak yg dibeli difarmasi tiada perubahan… T. Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda terangkan mungkin merujuk kepada keradangan gusi ataupun dikenali sebagai “gingivitis”. Bagi mengatasi masalah ini anda boleh:
- Berkumur air garam
- Menggunakan flos bagi membersihkan gigi
- Mengambil suplemen tambahan seperti vitamin C, zat besi dan asid folic
- Penggunaan ubat gigi khusus
Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda harus segera berjumpa dengan doktor gigi anda bagi mengelakkan masalah ini menjadi lebih teruk.