
Anonymous
5 tahun
Kahak tersekat di leher
Saya wanita dalam 20an mengalami kahak tersekat di leher sudah hampir 7 bulan. Sudah cuba berbagai ubat ubat tradisional termasuk mencuba rawatan resdung, tapi kahak tu masih ada. Saya sudah cuba paksa untuk muntah tetapi kahak tersebut masih terasa d leher. Sehingga satuhari tu saya muntah berdarah, tetapi tiada kahak. Keadaan ini sangat tidak selesa untuk saya melakukan aktiviti2 saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan terhadap masalah kesihatan anda. Sakit tekak boleh terjadi akibat punca punca tersebut:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Pendarahan juga boleh berlaku akibat usaha anda untuk mengeluarkan kahak tersebut.Jika hal ini berterusan anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih