
Sulit
3 tahun
Kelenjar air liur berape lame masa tuk pulih dari penyakit ni
Umo 30 tahun… Kne kelenjar air liur… Nk tahu mcm mane nk surut kn bangkak ni dan ambik berape bnyk mase tuk pulih dri penyakit ni

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan bengkak pada kelenjar air liur seperti:
- Sialadenitis adalah suatu kondisi di mana kelenjar ini mengalami keradangan dan bengkak
- Sialolithiasis adalah suatu kondisi di mana terdapat batu kecil yang terbentuk di dalam kelenjar
- Jangkitan mumps
- Tumor kelenjar air liur
- Sista kelenjar air liur
- Sindrom Sjogren
Tempoh pemulihan akan bergantung pada punca masalah yang anda hadapi. Disebabkan kami tidak mempunyai maklumat lengkap tentang latar belakang kesihatan anda, sukar bagi kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.