
Sulit
5 tahun
Kering pada lelanggit di dalam mulut
saya wanita berumur 39 tahun…saya mengalami rasa kurang selesa di lelangit saya terasa kesat…terasa seperti kering dan sukar untuk menelan air liur terutama ketika tidur…apabila bangun daripada tidur terasa seperti kering…tetapi apabila saya minum atau makan tekak tidak terasa sakit…saya tidak mengalami demam, batuk atau selsema…harap doc dapat membantu saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai, punca kepada masalah anda ini haruslah diketahui terlebih dahulu.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Untuk makluman anda, apabila tidur, kelenjar air liur akan kurang aktif dan kurang mengeluarkan air liur. Oleh itu, mulut anda akan berasa kering apabila bangun daripada tidur. Selain itu, faktor kering mulut diterukkan lagi jika anda tidur secara ternganga dan memasang penghawa dingin. Udara kering akan mengeringkan lagi mulut anda. Maka, perkara ini sesuatu yang normal untuk berlaku.
Bagi mengatasi masalah ini, kerapkan minum air sejurus bangun daripada tidur.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan seterusnya mendaaptkan rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.