
Sulit
4 tahun
Sakit ketulan di dada
saya lelaki umur 31tahun…megalami sakit di dada sebelah kiri…terdapat ketulan di bahagian puting susu.
dahulu ianya bersaiz kecil sekarang ia menbesar dn bengkak sedikit.
sakit bila ditekan dan kadang2 mempengaruhi pernafasan saya…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada buah dada/puting anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber seperti fibroadenoma
- Gumpalan tisu lemak (lipoma)
- Kanser payudara - jika mempunyai sejarah kekeluargaan, gejala puting mengeluarkan cecair, sakit ketiak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.