
Sulit
3 tahun
Sakit nak menelan hingga ke dada
Saya Berumur 20 thun, saya mula rasa sakit hari ni waktu petang, sakit sangat bila nak menelan, rasanya bukan di tekak tpi di bhagian dada, walaupon tekak ada juga rsa skit tpi tak sesakit didada, apa puncanya ya doctor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mempunyai masalah sakit untuk menelan yang menyebabkan kesakitan pada dada. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, masalah sakit untuk menelan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor , termasuk:
- Jangkitan kuman
- Achalasia esophagus
- Striktur esophagus -penyempitan pada saluran makanan
Ole itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap supaya jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak .