
Sulit
5 tahun
Sakit telinga, bengkak dan bernanah
Hai doktor, saya wanita berusia 21tahun. Untuk pengetahuan doktor dari saya kecil saya tidak mempunyai masalah tahi telinga. Jadi saya memang jarang korek telinga. Tapi saya ade masalah gigi berlubang. Sejak gigi saya berlubang saya memang akan kunyak makanan guna gigi bahagia kanan, yaitu gigi yang elok. Saya tidak tahu sama ada masalah gigi berlubang saya ni ade kene mengenana atau tidak dengan telinga saya. Beberapa bulan lepas telinga saya sakit berdenyut-denyut, bila pergi ke klinik doktor cume kata ade kulat dan saya diberi ubat titis telinga. Minggu lepas telinga saya terlalu gatal dan saya amek keputusan untuk korek guna cotton bud, memang ade kotoran berwarna hitam yang keluar. Tapi semakin saya korek kotoran tu semakin kedalam jadi saya biarkan. Empat hari lepas telinga saya jadi berdengung dan berdenyut.
Saya minta kawan saya tengokkan. Dia kata ade macam sarang dan ade ketulan kotoran yang besar di dalam telinga saya. Dia korek kan tapi terluka dan berdarah. Bila saya sampai rumah saya cuba buang kotoran tuu. Selepas saya buang kotoran tuu telinga bahagian dalam saya bengkak, berair dan bernanah. Saya tidak selesa sebab ade waktu saya terdengar bunya cairan dalam telinga saya. Saya cuba titis ubat telinga yang diberi doktor sebelum ni tapi tiada apa perubaban.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pada telinga anda yang anda alami boleh disebabkan akibat jangkitan kuman atau kulat yang belum pulih sepenuhnya lalu diterukkan lagi dengan usaha mengorek telinga oleh anda dan kawan anda yang menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga atau nanah pecah dalam telinga. Ubat titis dalam telinga sememangnya akan mengambil masa untuk menunjukkan kesan positif dan ia bukanlah terus dapat menyembuhkan kesakitan atau jangkitan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera bagi pemeriksaan telinga anda dan rawatan yang bersesuaian. Sekian.