irhamnihaziqi
4 tahun
Sakit Telinga di bahagian kiri
Selamat Pagi,
Saya merupakan Lelaki 21 tahun. Saya ingin menanyakan tentang sakit dalam telinga, Saya sering berasa sakit di bahagian dalam telinga. Sakit itu berkait dari tekak gigi dan kepala saya. Sakit itu dibahagian sebelah kiri saya. Rasa sakit itu bukan berpanjangan, tetapi sekali sekala. Waktu saya pergi memeriksa gigi saya di klinik, dr gigi memeriksa dan memaklumkan yang gigi saya sihat. Dan, sewaktu saya membuat pemeriksaan di klinik kesihatan, dr memeriksa telinga saya dan dr memberi tahu yang telinga saya bersih dan okay sahaja. Oleh itu, adakah ia ada kaitan dengan penyakit saraf?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Masalah pada saraf
- Masalah pada otot
- Struktur telinga lebih dalam
- Tulang sekitar telinga, kepala dan rahang
Untuk mengenal pasti punca masalah anda dan merawatnya, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut jika simptom tersebut berpanjangan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.