Anonymous
5 tahun
Telinga terasa tidak selesa
saya lelaki berumur 31 tahun,telinga saya berasa tidak selesa,terasa ada tekanan di dalam telinga, telinga saya tidak selesa sejak 2 hari berlarutan,ketidak selesaan telinga saya terjadi semasa batuk berkahak dan selsema
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat banyak sebab sakit telinga seperti:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
- Masalah struktur sekitar telinga (Jangkitan pada tekak/tulang mastoid, tonsil bengkak)
Anda disarankan untuk berjumpa dan dapatkan konsultasi doktor jika keadaan anda berterusan dan menjejaskan aktiviti harian.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih