
Sulit
4 tahun
Benjolan antara bawah perut kanan sebelah rahim
Saya wanita berusia 20 tahun mengalami sakit disebabkn benjol di bawah perut kanan alias sebelah rahim kanan. Benjolan meyebabkan sakit terutama apabila berjalan atau duduk lama. Pada waktu yang sama saya juga sakit pinggang kanan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu benjolan di bawah perut perut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Radang folikel bulu roma
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Hernia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.