
Sulit
4 tahun
Bisul bengkak di bahagian punggung
hai saya apit umur 25 tahun . baru ii ni saya terkena bisul di bontot . dan dia mula membengkak . ia menyukarkan keadaan saya utk duduk sebelum ni saya ada pegi klinik , doc ada bagi cream b-mycin. adakah cream itu sesuai utk kurangkan bengkak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Krim b-mycin digunakan untuk jangkitan kulit seperti impetigo, bisul dan sebagainya. Ia mempunyai ubat untuk mengurangkan kesakitan dan antibakteria. Anda harus terus menggunakan rawatan ini untuk menglihat hasil. Sekiranya anda mengalami demam tinggi, menggigil dan kesejukan, anda dinasihati untuk ke hospital dengan segera kerana ini menandakan jangkitan sistemik.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.