
Anonymous
5 tahun
Ear infection, swelling ear canal, normal eardrum
Saya lelaki berusia 24, sejak Selase lepas, saya ada sakit telinga, bahagian luar, daripada apa yang saya baca kemungkinan saya ada sakit Otitis Externa. Selepas itu, Khamis lepas saya ada jumpa Pakar ENT, dia ada bagitahu saya yang saya kena ear infection dan dia bagi ubat Tahan sakit dan ubat titis. Lepastu sejak khamis sampai ke harini (ahad) telinga saya (kiri) yang kena jangkitan tu makin pulih tetapi belah kanan pula tiba tiba sakit pula. Adakah itu normal itu dua dua belah kena jangkitan? Dan apa saya boleh buat untuk kurangkan sakit selain tuam kain panas. Boleh syorkan ubat yang sesuai yang saya boleh dapatkan dia farmasi?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, ear infection tidak akan merebak ke telinga yang satu lain melainkan sistem pernafasan kita juga terjangkit kerana sistem pendengaran dan sistem pernafasan adalah bersambung. Untuk situasi anda adalah lebih baik sekiranya anda dapatkan pemeriksaan dan pengesahan yang teliti untuk memastikan punca sakit telinga yang satu lagi adalah disebabkan oleh infeksi yang sama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda tidak sarankan untuk mendapatkan ubat tahan sakit dengan sendiri sebelum mengetahui punca kesakitan telinga anda buat masa ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!