
Sulit
4 tahun
Ludah bercampur darah
saya lelaki umur 28, dlm sebuln dua ni tekak saya rase kurang selasa mcm ada bnde di tekak tapi bila telan mknn atau minuman xde rse ape2 sakit. cume rase tak selase… Dan lagi satu bile saye ludah, air liur saye bercampur darah… apakah masalah ini, adakah bnda ini bole mndatangkn stuasi srius akan datang??

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Cuaca persekitaran panas terik ataupun sejuk kering . Persekitaran yang terlampau panas akan menyebabkan badan kita menjadi kering dengan cepat. Perkara ini secara tidak langsung juga akan menyebabkan mukosa dalam hidung dan tekak mengalami kekeringan. Justeru itu, apabila anda bangun tidur dan menghembus nafas terlalu kuat maka ia akan membawa kepada pendarahan.
- Jangkitan bakteria atau virus . Hal ini demikian kerana selesema dan keradangan tekak akan menyebabkan kepecahan saluran darah dalam hidung.
- Berlaku sebarang trauma kepada bahagian hidung dan tekak
- Pharyngitis/ tonsilitis/ allergic rhinitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.