
Sulit
4 tahun
Nafas hidung berbau busuk
Sy nak bertanya sejak kebelakangan ini 3-4 hari, muka saya terutama bahagian pipi dan hidung amat sakit. Apabila solat dan saya sujud tiba² ada bau mcm benda busuk di dalam hidung. Apa kah ini tanda² sy pengidap sinus? Minta penjelasan Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluhan tersebut boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari seperti yang disenarikan diatas.
Memandangkan terdapat kesakitan pada bahagian pipi dan hidung serta mengeluarkan bau nafas yang busuk, itu adalah petanda bahawa telah terjadi jangkitan. Maka, hal ini perlu ditangani sebelum jangkitan merebak.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.