
Sulit
3 tahun
Rahang tersekat dan berbunyi
Salam dr. Saya berumur 22 tahun dan mengalami masaalah rahang yang tersekat. Saya mempunyai gejala ini ketika saya berumur 19 tahun. Ketika itu rahang saya akan tersekat apabila saya mkn terlalu lama atau menggigil kesejukan( ketika mandi waktu pagi atau waktu sejuk) barulah ketika itu rahang saya akan tersekat . Akan tetapi sejak tahun lepas dan hingga kini, Rahang saya tersekat stiap masa. Dan hal ini agak menganggu saya. Saya pernah tebaca psl rahang berbunyi adalah normal. Jadi adakah hal saya ini juga adalah normal atau saya perlu pergi membuat pemeriksaan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami gejala rahang tersekat dan berbunyi sejak umur 19 tahun. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah sendi Temperomandibular (Temperomandibular joint disorder)
- Trauma
- Stres
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius seperti:
- Rheumatoid arthritis
- Osteoarthritis
- Tetanus
Oleh itu anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor