
Sulit
4 tahun
Sakit telinga berdengung
saya berusia 26,sblm ni sy ada tnya berkenaan telinga rasa berdengung bila tekan leher belah kiri.sy sudah mendapat rawatan doctor dgn melakukan “ear toilet” utk kedua2 telinga saya.dah telah mkn ubt dan antibiotik. tp kedaan telinga sy menjadi tak selsa. dah masalah berdengung masih ada. utk berapa lama kn masalah telinga berdengung akan hilang? saya risau masalah yg lebih serius

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah telinga berdengung dipanggil tinnitus. Ia merupakan satu simptom dan bukanlah penyakit. Simptom tinnitus ini menunjukkan anda mungkin menghadapi masalah seperti:
- Hilang pendengaran
- Terdedah dengan bunyi bising yang terlalu kuat
- Tahi telinga tersumbat
- Masalah pada tulang telinga
- Masalah lain seperti ketumbuhan atau jangkitan di dalam telinga
Masalah telinga memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca telinga berdengung yang anda hadapi, maklumat lebih lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Anda dinasihatkan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi tindakan selanjutnya. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.