
yatie
4 tahun
Sakit telinga sebelah kiri
saya sedang mengalami sakit telinga kiri berdekatan dengan pipi. apa yang perlu saya lalukan untuk hilangkan sakit itu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.