hafyzahmufti
4 tahun
Tahi telinga tersumbat
Saya ingin bertanya. Saya telah menggunakan ubat titis utk telinga daripada doktor. Berapa lama masa yang diambil untuk telinga saya kembali seperti biasa ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah telinga tersumbat yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Usia meningkat menyebabkan pendengaran terjejas
Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
Masalah pada tulang telinga
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih