
Sulit
4 tahun
Telinga Berdarah dan sakit telinga
Saya mengalami sakit telinga yang teruk serta berdenyut sakit . Kejadian ni dah 4 hari berlaku. Saya sudah berjumpa doktor pada 2/12 doktor cuma mengatakan yang telinga saya baik2 sahaja dan ada air di belakang bahagian telinga. Dan beliau memberikan saya ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat bengkak. Harini saya bangun tidur tiba2 ada darah mengalir daripada dalam telinga saya. Apa yang saya perlu buat doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah telinga berdarah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah seperti yang anda nyatakan dapat berpunca daripada beberapa penjelasan. Antaranya ialah:
- Gegendang telinga pecah atau berlubang
- Jangkitan kuman
- Akibat kemasukan benda asing
- Kecederaan pada telinga
- Kecederaan teruk pada pangkal tengkorak ( base of skull )
- Ketumbuhan
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui penyebab masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapat kesimpulan yang lebih tepat beserta rawatan, terutama jika anda mengalami:
- Bunyi berdengung dalam telinga ( tinnitus )
- Sakit dalam telinga
- Kurang pendengaran
- demam
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.