Sulit
3 tahun
Nasal Polyps Di hidung
Saya lelaki umur 25 tahun. Sejak tahun lepas saya perasan ada benda putih di dalam hidung saya MCM polyps jadi bolehkah saya buang sendiri polyps tu atau saya perlu ke klinik??? Dan berapa kos kalau saya ke klinik untuk membuang polyps ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pepejal ataupun ketulan putih didalam hidung. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Alahan
- Bendaasing di dalam saluran nafas
- Perubahan cuaca
- Kekurangan air
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Trauma ataupun luka didalam struktur hidung
- Polip hidung
- kelainan struktur rongga hidung
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
- Sinusitis
- Jangkitan kuman, virus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.