
Sulit
4 tahun
Normalkah hingus ada pada batang hidung yang bersambung ke kepala
Assalamualaikum doc. Saya selalu berhingus. Terutama selepas mandi ataupun bau tumisan ketika memasak. Selepas menghembus hingus. Saya perasan hidung saya dah takde hingus. Tapi masih tak selesa kerana rasa seperti ada hingus. Rupanya bila saya tutup sebelah hidung, hidung sebelah lagi saya hembus…maka keluarlah hingus yang saya rasa dari batang hidung ke atas yang bersambung ke kepala tu. Sama juga sebelah hidung lagi saya hembus sambil tutup sebelah. Adakah normal ye doc? Jadinya saya rasa x selesa. Terasa sukar untuk sedut nafas. Bila sedut nafas terasa macam ada hingus dengan bunyi hingus. Tapi hingus takde dalam hidung. Dia ada simpan dalam batang hidung. Terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kami kurang jelas dengan “hingus pada batang hidung” yang dimaksudkan oleh anda. Maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui punca sebenar anda mengalami gejala tersebut. Namun begitu, berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang sinus (sinusitis)
- Polip hidung
- Reaksi terhadap bahan yang menyebabkan iritasi pada lapisan mukosa hidung
- Reaksi alahan
- Allergic rhinitis
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada gejala yang dialami oleh anda adalah normal ataupun tidak memandangkan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan dan siasatan lanjut terlebih dahulu. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.