
Sulit
5 tahun
Sakit telinga bila telan air liur
Selamat pagi dr. Saya berumur 27 tahun…sejak dari semalam saya mengalami sakit telinga seperti berdenyut di dalam telinga…dan semasa menelan air liur juga terasa sakit di bahagian telinga…hal ini terjadi sejurus selepas bangun dari tidur…dan pada hari ini sakit pada telinga menyebabkan sakit kepala …sakit hanya pda bahagian kanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.