
Anonymous
5 tahun
Bengkak tulang rahang d sebelah kiri
Lepas seminggu begitu sakit tulang rahang…baru bengkak…buka mulut pun sakit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak pada rahang boleh disebabkan:
- Radang kalenjar parotid
- Mastoiditis - radang mastoid
- Radang sendi rahang - Temporo-Mandibular joint syndrome
- Abses gigi
- Bengkak kalenjar leher
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.