
Sulit
4 tahun
Sakit bawah dagu dan rasa tidak selesa di bahagian bwh dagu for 4 days already
Hi,sy wanita berumur 24 tahun.4 days ago I started to feel rasa tidak selesa di bawah dagu.Sometimes rasa kebas buat sy tdk dpt bernafas seperti ada benda tersangkut di bawah dagu.Bila pegang bawah dagu, ada terasa seperti bengkak. Sometimes bila gerakkan kepala, it hurts. And yesterday, I started to feel hurt at my ears. Sakit tu dari bawah dagu sampai telinga. At first I thought it was tonsilitis because on the first day I got fever and sore throat. Bila panas sudah surut, my sore throat getting better, rasa sakit bwh dagu terasa sangat. Rasa sgt tdk selesa to the point I dont feel like eating bcs of this rasa tdk selesa bwh dagu. I feel a little bit better bila dongakkan kepala sedikit ke atas. This thing really affected my daily life. Please advise me on this.Thank you.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Bedasarkan keterangan yang di beri, kami memahami yang anda mengalami sakit dan bengkak pada bahagian bawah dagu dan sakit tersebut juga merebak ke telinga. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi ini berkemungkinan bermula dari demam dan sakit tekak yang anda alami pada awal kejadian.
Oleh itu, kami berpendapat bahawa gejala ini berpunca daripada:
- Penyakit keradangan kelenjar liur sublingual/submandibular
- Jangkitan kuman kelenjar liur (Sialadenitis)
- Kelenjar limpa yang bengkak di kawasan leher disebabkan jangkitan kuman.
- Keradangan tonsil (Tonsilitis)
- Jangkitan virus (Mononucleosis)
- Penyakit beguk
- Penyakit auto-imun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.