Sulit
5 tahun
Telinga berdesing sepanjang masa
Sy mngalami masalah tinnitus iaitu telinga berdesing sepanjang masa.Sy mnghidap telinga brdesing beberapa tahun yg lalu. Dahulu telinga sy brdesing tetapi bukan sekerap skg yg mn telinga sy kini sntiasa berdesing selama 24 jam sehari. Akibatnya sy mnderita dlm kehidupan seharian & hilang fokus dlm kerja. Kesan drp telinga brdesing mnyebabkn sy sering pening & kadang2 sakit kepala. Telinga bhgn luar sy dlm keadaan baik & tiada masalah pendengaran. Punca penyakit sy gagal dikenalpasti. Sblum ni sy prnah ambil rawatan dari hospital tetapi telah berhenti krn ubat tidak ssuai dgn sy. Antara ubatan yg diberi oleh doktor ialah gingko biloba. Sy berhenti mengambilnya krn simptom mnjadi lebih teruk. Sy prnah jalani ujian pendengaran sebanyak 3 kali, pmeriksaan kamera ke dlm telinga & 1 kali ujian MRI pd tahun 2017.Keputusan ujian MRI ialah negatif, tiada sebarang abnormal. Doktor prnah mncadangkn kpd sy supaya mnggunakan masker telinga bg tjuan mngurangkan bunyi desingan. Sehingga kini sy msih blum mnggunakan masker trsebut. Utk pngetahuan doktor, sy tidak prnah alami apa2 kemalangan yg mnyebabkan kecederaan serius. Sy bekerja di dlm pejabat berhawa dingin. Sy seorang wanita berusia 41 tahun & masih belum berkahwin. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Usia
- Bunyi yang kuat
- Tahi telinga yang penuh
- perubahan tulang telinga (Otosclerosis)
- Salur telinga eustachian tidak berfungsi dengan baik
- Ketumbuhan di telinga
- Penyakit Meniere
Setiap penyakit yang disenaraikan mempunya gejala yang berkaitan seperti pendengaran yang rosak, pening kepala, muntah-muntah dan sejarah jangkitan virus yang teruk. Kami memerlukan lebih maklumat untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.